Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita penduduk kampung yang sudah tinggal lama di sini, Kampung Permatang Pauh mendapat nama bersempena satu pohon Pauh (atau lebih dikenali sebagai buah Mangga) yang amat besar.

Pohon itu ditebang, dan menurut cerita orang kampung, keratan rentas pohon itu mampu memuatkan 4 orang dewasa duduk bersila di atasnya. Oleh kerana keterujaan daripada pohon pauh yang besar itu, maka Kampung berkenaan dinamakan Kampung Permatang Pauh.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM KESEDARAN PENIPUAN SIBER DAN LOVE SCAM

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2022

Program ini merupakan anjuran Pedi sendiri kepada para pelajar sekolah yang hadir ke sini. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai penipuan siber dan love scam. Mereka lebih mudah dipengeruhi dan terikut dengan perkara yang tidak elok jika tidak mendapat pengetahuan awal apa itu penipuan siber dan love scam. Disini pihak pedi cuba memberikan pengetahuan awal mengenai penipuan tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM MIV 2022

Aktiviti Terkini | 26 & 27 November 2022

Bengkel MIV merupakan bengkel akan membantu penduduk setempat mengetahui lebih lanjut mengenai ICT. Selain itu,untuk membantu para usahawan memamajukan produk perniagaan meraka. Bengkel ini Pihak MCMC juga akan membuka booth jualan produk usahawan PEDi di program ini. Semua sukarelawan di jemput untuk membawa produk masing-masing sekiranya ada untuk ditempatkan di booth jualan tersebut. Hanya produk makanan kering, tekstil, kraft, kosmetik dan produk berbentuk kering dibenarkan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SIBER MCMC BERSAMA PIHAK INDUSTRI TELEKOMUNIKASI NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2022

Program klik dengan bijak bersama pemain industri komunikasi dan multimedia bersama suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia(skmm) bagi pekongsian etika penggunaan dan kesalahan dalam media sosial yang disampaikan oleh Puan Hasnita binti Mohamad Lazim, Timbalan Pengarah SKMM Pahang pengkongsian implikasi media sosial dan kesihatan mental dari Dr Chan Mei Ling,pakar psikiatri klinikal, HTAA dan gimik bersempena sambutan hari pos sedunia 2022...baca selanjutnya

PROGRAM MUHIBAH 2022

Aktiviti Terkini | 22 September 2022

Program merupakan menyampaikan cek sumbangan Kerajaan Negeri, Pahang Pride Kasih dan Pahang Pride Kid kepada 72 penerima di Dewan Negeri (DN) Bebar dan juga sumbangan pejabat DN Bebar kepada beberapa penerima termasuk bagi keperluan sekolah-sekolah pada Program Muhibbah Masyarakat Dewan Negeri (N22) Bebar di Pusat Internet Komuniti Kampung Permatang Pauh disini yang keseluruhan berjumlah hampir RM150,000.00...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA ADIK PEDI BOLEH MELUKIS

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Program merupakan anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) berperanan sebagai Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 akan melaksanakan sambutan Bulan Kebangsaan yang akan diraikan di seluruh negara.Sehubungan itu, bagi menyemarakkan lagi sambutan tersebut , mohon untuk petugas-petugas PEDi seliaan Digi membuat hebahan dan mencari peserta dalam pertandingan melukis & mewarna Adik PEDi Boleh Melukis...baca selanjutnya

UMP STEM @ PEDI

Aktiviti Terkini | 6,7,13,14,20,21 Ogos 2022

Program anjuran UMP bersama PEDi di sekitar kawasan Pekan dan Kauntan. Setiap PEDi diberikan 3 “course” dan pelu mencari peserta dari sekolah rendah dan menengah. Setiap pelajar perlu hadir kesemua kelas untuk menerima sijil di akhir kelas. Subjek yang ditawarkan kepada PEDi adalah MBLOCK, ARDUINO. FUN ENGLISH, 3D dan PHYTON...baca selanjutnya

UMP STEM @ PEDI

Aktiviti Terkini | 16,17,23,24,30 & 31 Julai 2022

Program anjuran UMP bersama PEDi di sekitar kawasan Pekan dan Kauntan. Setiap PEDi diberikan 3 “course” dan pelu mencari peserta dari sekolah rendah dan menengah. Setiap pelajar perlu hadir kesemua kelas untuk menerima sijil di akhir kelas. Subjek yang ditawarkan kepada PEDi adalah MBLOCK, ARDUINO. FUN ENGLISH, 3D dan PHYTON...baca selanjutnya

JALAN KE KAMPUNG (OA) JONG BAKAL NAIK TARAF KE JALAN BERTURAP

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Meninjau projek Jalan Jon yang akan p dibina serta menyaksikan penyerahan Jalan Jong daripada kontraktor pelaksana projek yang dilantik kepada JKR Daerah Pekan Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM CERAMAH PYBLI PLATFORM E-DAGANG BANTU USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2022

Program ini berlansung secara di atas talian bagi memudahkan pihak yang ingin menyertai untuk mengakses program tersebut. Berlansung selama 2 jam. Program ini menerangkan cara cara untuk menyertai jualan secara atas talian mengguna platform E-dagang Pybli. Selain itu, membantu para usahawan dan pihak pengerusan PEDi cara mencipta akaun sebagai penjual di platfom Pyblil. Semua ahli yang menyertai program tersebut menerima sijil sebagai bukti penyertaan...baca selanjutnya

PROGRAM CERAMAH BERSAMA WARONG MALL DAN PEDI PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 30 April 2022

Program ini berlansung secara di atas talian bagi memudahkan pihak yang ingin menyertai untuk mengakses program tersebut. Berlansung selama 3 jam. Program ini menerangkan cara cara untuk menyertai jualan secara atas talian mengguna Warong Mall. Selain itu, membantu para usahawan dan pihak pengerusan PEDi cara mencipta akaun sebagai penjual di platfom Warong Mall. Semua ahli yang menyertai program tersebut menerima sjilsebagai bukti penyertaan...baca selanjutnya

PROGRAM CERAMAH CONSUMER FORUM MALAYSIA CFM

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2022

Program berlansung selama tiga jam. Bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.Program ceramah ini merupakan anjuran CFM bersama PEDi yang terlibat untuk memahami fungsi peranan CFM.. Sepanjang program ni berlansung kakitangan PEDi memberikan kerjasama yang baik untuk lebih memahami penerangan yang diberikan.. Terdapat beberapa tunjuk ajar kepada kakitangan PEDi mengenai cara cara mengajukan sebarang aduan kepada CFM....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS BELAJAR PELAJAR SEKOLAH BERSAMA PEDI PERMTANG PAUH

Aktiviti Terkini | 21, 25, 26, 27 Febuari 2022

Program berlansung dua sesi iaitu sesi pukul 10.00 pagi dan 12.00 tengahari. Sepanjang program ini berlansung iaitu setiap kelas belajar berjalan selama dua jam. Di bahagikan kepada empat jenis iaitu sekolah rendah, sekolah rendah, darjah 1-3, darjah 4-6 dan tingakatan1-3/ 4-5.....baca selanjutnya

PROGRAM CERAMAH PENIPUAN KEWANGAN DAN SCAMMER BERSAMA PEDI PERMTANG PAUH

Aktiviti Terkini | 20 Febuari 2022

Program berlansung selama tiga jam. Bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.Program ceramah ini merupakan anjuran PEDi Permatang Pauh untuk membantu mengenal pasti penipuan kewangan dan “scammer”.. Sepanjang program ni berlansung kakitangan PEDi memberikan tunjuk ajar untuk mengenal pasti scammer pada peringkat awal dan. Terdapat beberapa tips diberikan kepada mereka supaya tidak mudah terperangkap dengan penipuan kewangan yang semakin banyak sekarang....baca selanjutnya

PROGRAM CERAMAH MARKETING USAHAWAN KECIL BERSAMA PEDI PERMTANG PAUH

Aktiviti Terkini | 13 Febuari 2022

Program berlansung selama tiga jam. Bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.Program ceramah ini merupakan anjuran PEDi Permatang Pauh untuk membantu usahawan kecil PEDi meningkat jualan mereka. Sepanjang program ni berlansung kakitangan PEDi memberikan tunjuk ajar untuk mengenal pasti cara yang paling berkesan untuk mempromosikan jualan mereka. Terdapat beberapa tips diberikan kepada mereka supaya lebih mengenali “target market” ataupun kawasan yang ingin dijualkan....baca selanjutnya

MAJLIS PENYAMPAIN MOCKUP CEK SEBAGAI PEMENANG TEMPAT KE 5 JARINGAN PRIHATIN DIGI

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022

Majlis ini bermula pada jam 1 tengahari sehingga jam 3 petang. Di mulakan majlis makan ini dengan kata aluan dari Encik Fairos. Kemudian makan dan akhirnya adalah sesi bergambar dengan mockup cek bersama staff PEDi Permatang Pauh...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti