Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita penduduk kampung yang sudah tinggal lama di sini, Kampung Permatang Pauh mendapat nama bersempena satu pohon Pauh (atau lebih dikenali sebagai buah Mangga) yang amat besar.

Pohon itu ditebang, dan menurut cerita orang kampung, keratan rentas pohon itu mampu memuatkan 4 orang dewasa duduk bersila di atasnya. Oleh kerana keterujaan daripada pohon pauh yang besar itu, maka Kampung berkenaan dinamakan Kampung Permatang Pauh.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018

Majlis ini diadakan bertujuan enghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam beribadah dan mentaati Allah SWT dan dapat merapatkan hubungan antara staf pusat internet dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ONLINE JIGSAW PUZZLE

Aktiviti Terkini | 24 November 2018

Pertandingan ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan daya kreativiti para peserta disamping dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta.....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA ANJURAN BERSAMA JKKK KG PADANG POLO/PENADAH DAN MASJID PADANG POLO

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2018

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membentuk sikap kerja berpasukan dalam komuniti dan merapatkan hubungan antara pusat internet dengan komuniti setempat.....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 14 September 2018

Program ini di adakan semperna Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia yang bertujuan untuk memupuk sifat cintakan negara di kalangan kanak-kanak....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

MAJLIS KESYUKURAN ANJURAN AJK SURAU DAN PENDUDUK KAMPUNG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Program ini di adakan bagi menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf yang tinggal di kawasan Permatang Pauh....baca selanjutnya

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PDM PADANG POLO

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2018

Program ini di adakan bagi meraikan hari raya AidilFitri dan juga merapatkan hubungan dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN BERAMAH MESRA BERSAMA DUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2018

Program ini diadakan bagi merapatkan hubungan baik antara pemimpin dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 29 April 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg Permatang Pauh diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan.....baca selanjutnya

PROGRAM CERGAS MINDA SANTAI BERSAMA YB ADUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2018

Program ini di adakan bagi merapatkan hubungan antara pemimpin & pertubuhan dengan rakyat setempat....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN KASIH DUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Program ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat dan juga sebagai ‘dry run’ bagi melancarkan proses pilihanraya yang akan berlangsung pada masa akan datang....baca selanjutnya

MISI SUMBANGAN BANTUAN BANJIR DUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2018

Program ini di adakan bagi menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk yang berpindah akibat terjejas dengan banjir dan juda menyemai sikap tolong menolong dalam kalangan komuniti setempat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti