Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita penduduk kampung yang sudah tinggal lama di sini, Kampung Permatang Pauh mendapat nama bersempena satu pohon Pauh (atau lebih dikenali sebagai buah Mangga) yang amat besar.

Pohon itu ditebang, dan menurut cerita orang kampung, keratan rentas pohon itu mampu memuatkan 4 orang dewasa duduk bersila di atasnya. Oleh kerana keterujaan daripada pohon pauh yang besar itu, maka Kampung berkenaan dinamakan Kampung Permatang Pauh.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KLINIK E-CENSUS BANCI PENDUDUK PERMATANG PAUH DAN SEKITAR

Aktiviti Terkini | 16-17 November 2020

Klinik e-CENSUS untuk mengisi data penduduk ...baca selanjutnya

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP KG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2020

Kejohanan sepak takraw tertutup Kg Permatang Pauh merupakan aktiviti bersama penduduk kampung untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat....baca selanjutnya

SESI MAKLUM BALAS RAKYAT BERHUBUNG DRAF PELAN TINDAKAN PERPADUAN NEGARA (PTPN)

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Sesi maklum balas ini merupakan langkah Kementerian Perpaduan untuk mendapatkan pendapat dan pandangan orang ramai bagi merangka draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara....baca selanjutnya

KURSUS KEUSAHAWANAN EMPOWER ECER BERSAMA SSM,PARKESO,KWSP DAN FOODPANDA

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2020

Mengajar dan memberi bimbingan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan online dibawah program empower ECER...baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 5 Julai 2020

Kelas usahawan...baca selanjutnya

Pembukaan Semula Pusat Internet Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA MUHIBBAH 3.0

Aktiviti Terkini | 29 Febuari 2020

Memperkenalkan dan mempromosi aktiviti Pusat Internet kepada komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM SUKAN RAKYAT

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2020

Program Sukan Rakyat ini dianjurkan oleh penduduk kampung ini di adakan bagi mengeratkan hubungan dalam komuniti setempat selain memperkenalkan kembali sukan rakyat yang telah lama dilupakan kepada generasi muda. ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti