Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita penduduk kampung yang sudah tinggal lama di sini, Kampung Permatang Pauh mendapat nama bersempena satu pohon Pauh (atau lebih dikenali sebagai buah Mangga) yang amat besar.

Pohon itu ditebang, dan menurut cerita orang kampung, keratan rentas pohon itu mampu memuatkan 4 orang dewasa duduk bersila di atasnya. Oleh kerana keterujaan daripada pohon pauh yang besar itu, maka Kampung berkenaan dinamakan Kampung Permatang Pauh.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN ANJURAN KG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2019

Program yang dianjurkan oleh MPKK Kg Permatang Pauh dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Pekan ini di adakan bagi menambahkan pengetahuan tentang cara dan kaedah penyembelihan ternakan yang betul kepada penduduk setempat....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN JENAYAH KG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 13 November 2019

Program yang dianjurkan oleh MPKK Kg Permatang Pauh dengan kerjasama Balai Polis Pekan dan AADK Pekan ini di adakan bagi memberikan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta jenayah kepada penduduk setempat...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET KG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2019

Program ini di adakan bagi merapatkan hubungan baik dengan penduduk setempat dan juga promosikan aktiviti Pusat Internet kepada komuniti setempat. Pusat Internet Kg Permatang Pauh telah menganjurkan beberapa aktiviti seperti permainan komputer (Playstation), permainan online (Typing Games, World Bingo), sukaneka (musang berjanggut dan face cookies), taklimat Klik Dengan Bijak serta MyFreeViewTV....baca selanjutnya

PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA

Aktiviti Terkini | 22 September 2019

Program ini di adakan sempena Hari Asyura untuk merapatkan hubungan antara pusat internet dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM BICARA SANTAI - HIJRAH ITU INDAH

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019

Program ini di adakan bagi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai agama dengan komuniti setempat dan dapat enjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat dan juga komuniti setempat.....baca selanjutnya

CERAMAH AGAMA BULANAN

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Program ini di adakan bagi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai agama kepada masyarakat setempat....baca selanjutnya

MAJLIS TAHLIL & JAMUAN AIDILFITRI KG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Program ini di adakan bagi meraikan hari raya AidilFitri dan juga merapatkan hubungan dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA & MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2019

Program ini di adakan untuk menyampaikan sumbangan kepada warga asnaf dan juga anak yatim bagi meringankan beban mereka dalam bulan Ramadan yang mulia ini serta bersama menyambut bulan Ramadan bersama komuniti kampung....baca selanjutnya

‘WOGGLE GAMES’

Aktiviti Terkini | 18 April 2019

Program ini di adakan untuk membantu pelajar meningkatkan daya berfikir dan menyambung huruf dalam bentuk horizontal, vertical dan diagonal untuk mencipta perkataan yang tepat dalam menyelesaikan permainan....baca selanjutnya

TYPING ROCKET QUIZ

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2019

Program ini di adakan untuk membantu pelajar meningkatkan daya berfikir dan menyelesaikan masalah matematik dalam masa yang pantas....baca selanjutnya

Program Ceramah dan Kempen Kebersihan Kg Permatang Pauh

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2019

Program ini di adakan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat mengenai aspek kebersihan diri, keluarga dan setempat....baca selanjutnya

Program Mewarna Online Bersama Tadika Kg Permatang pauh

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2019

Program ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid tadika tentang penggunaan komputer...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti