Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita penduduk kampung yang sudah tinggal lama di sini, Kampung Permatang Pauh mendapat nama bersempena satu pohon Pauh (atau lebih dikenali sebagai buah Mangga) yang amat besar.

Pohon itu ditebang, dan menurut cerita orang kampung, keratan rentas pohon itu mampu memuatkan 4 orang dewasa duduk bersila di atasnya. Oleh kerana keterujaan daripada pohon pauh yang besar itu, maka Kampung berkenaan dinamakan Kampung Permatang Pauh.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Program Bersama JPP Zon 24 Pekan (Gotong-Royong, Pemeriksaan Kesihatan, Taklimat Keselamatan & Pengasingan Sampah)

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2015

Program ini memberikan pendedahkan kepada masyarakat setempat tentang PI1M selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan PI1M dengan masyarakat setempat...baca selanjutnya

Digi-cybersafe

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2015

Program Digi-Cybersafe merupakan program kesedaran tentang keselamatan internet yang dianjurkan atas inisiatif SKMM dan juga DiGi. Program ini membolehkan peserta-peserta mengetahui tentang tips-tips dan langkah-langkah menjaga keselamatan data semasa menggunakan internet...baca selanjutnya

interactive learning through internet

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2015

Kanak-kanak Tabika Permatang Pauh diberikan pendedahan kepada pembelajaran atas talian melaui kuiz secara online...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti