Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut cerita penduduk kampung yang sudah tinggal lama di sini, Kampung Permatang Pauh mendapat nama bersempena satu pohon Pauh (atau lebih dikenali sebagai buah Mangga) yang amat besar.

Pohon itu ditebang, dan menurut cerita orang kampung, keratan rentas pohon itu mampu memuatkan 4 orang dewasa duduk bersila di atasnya. Oleh kerana keterujaan daripada pohon pauh yang besar itu, maka Kampung berkenaan dinamakan Kampung Permatang Pauh.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM RAMAH MESRA DAN GOTONG-ROYONG PENDUDUK BANDAR 2

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2017

Program ini di adakan bagi menyemarakkan semangat bergotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat....baca selanjutnya

PROGRAM PERPUSTAKAAN BERSAMA RAKYAT DENGAN KERJASAMA TADIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 10 November 2017

Program ini diadakan bagi menyemai sikap rajin membaca dalam kalangan masyarakat masyarakat setempat...baca selanjutnya

PROGRAM MENGACAU BUBUR AS SYURA JKKK KG PADANG POLO/PENADAH DAN KELAS BINA INSAN KEMAS BERSAMA PI1M KG PERMATANG PAUH

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2017

Program ini di adakan bagi menyemarakkan semangat kekitaan dan juga meningkatkan semangat kerjasama di kalangan masyarakat setempat.....baca selanjutnya

LARIAN PADANG POLO

Aktiviti Terkini | 10 September 2017

Larian Padang Polo di adakan bagi menyemarakkan semangat kesukaanan di kalangan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang di adakan ialah senam robik,pemeriksaan kesihatan, marathon dan juga pertandingan mewarna....baca selanjutnya

Program Bersama Kemas Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 60

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2017

Program Sambutan Hari Kemerdekaan bersama KEMAS di adakan bagi menyemarakkan semangat patriotisma di kalangan masyarakat setemapat. Antara aktiviti yang di adakan ialah pertandingan memasak, pertandingan mewarna dan juga pertandingan mencanting batik....baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dun Bebar 2017

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2017

Majlis jamuan hari raya Aidilfitri peringkat Dun Bebar di adakan di Nenasi dan dan telah dihadiri kira kira 3000 orang penduduk....baca selanjutnya

PROGRAM AMAL RAMADHAN DUN BEBAR

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2017

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat dan pemimipin, menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk dan menyampaikan bantuan raya kepada golongan yang memerlukan sekali gus dapat mempromosi PI1M kepada komuniti setempat....baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Permatang Pauh

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2017

Tujuan Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk, menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk, mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat dan mengeratkan hubungan antara staff & masyarakat setempat....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ BERSAMA KANAK-KANAK RUMAH ANAK YATIM PENYAYANG

Aktiviti Terkini | 22 April 2017

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama komuniti penduduk melalui acara keagamaan dan meraikan anak yatim rumah Penyayang serta memperkenalkan PI1M kepada mereka....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE 500 PIECES

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2017

Program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi daya kemahiran menggunakan kemudahan komputer dan internet dalam urusan pembelajaran dan urusan harian...baca selanjutnya

KARNIVAL NEGARAKU : 1 KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 24 - 26 Februari 2017

Pihak PI1M diberi kesempatan untuk menyertai Karnival Negaraku yang dirasmikan oleh YBhg. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Karnival ini dijalankan di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan. Banyak aktiviti dijalankan di booth PI1M antaranya ialah Pameran Kluster Pekan, Taklimat Klik Dengan Bijak, Mobile E-Waste dan aktiviti yang melibatkan ICT seperti Online Games, Word Search, Soduku Online...baca selanjutnya

SPEED TYPING TEST

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2017

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kemahiran komputer yang telah dipelajari dari Kelas ICT yang telah dihadiri oleh para pelajar dan meningkatkan kemahiran menaip para peserta dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti