PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA ADIK PEDI BOLEH MELUKIS

Aktiviti terkini |20 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Permatang Pauh

Ringkasan Aktiviti :
• Program merupakan anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) berperanan sebagai Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 akan melaksanakan sambutan Bulan Kebangsaan yang akan diraikan di seluruh negara.
• Sehubungan itu, bagi menyemarakkan lagi sambutan tersebut , mohon untuk petugas-petugas PEDi seliaan Digi membuat hebahan dan mencari peserta dalam pertandingan melukis & mewarna Adik PEDi Boleh Melukis


Tujuan :
• Tujuan program diadakan adalah untuk melaksanakan sambutan Bulan Kebangsaan yang akan diraikan di seluruh negara.


Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Penyertaan dibuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
• Peserta haruslah merupakan pengguna & ahli di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
• Lukisan boleh disediakan dalam bentuk digital atau lukisan tangan.
• Saiz lukisan ialah dalam bentuk A4 format (21.0 x 29.7 cm)
• Lukisan yang dihasilkan harus menepati Tema : Keluarga Malaysia Teguh Bersama
• Lukisan terpilih yang dihantar sebelum 15 Ogos 2022 (Isnin) turut berpeluang untuk dipamerkan di ruang legar bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) di Putrajaya.
• Setiap peserta HANYA layak untuk menghantar satu [1] penyertaan
• Tarikh akhir penghantaran: 20 Ogos 2022 (Sabtu)


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menyemarakan semangat hari kemerdekaan di dalam diri kanak kanak
• Untuk memberi tahu kepentingan semangat kemerdekaan kepada kanak kanak


Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :