SEMINAR JOM SANTAI BERSAMA REVOLUSI EMAS @AR RAHNU YAPEIM 2023
Aktiviti terkini |18 Oktober 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Permatang Pauh
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Permatang Pauh bersama Ar Rahnu Yapeim menganjur program seminar ini telah dihadiri oleh usahawan dan penduduk setempat seramai 31 orang dan telah disampaikan oleh Puan Seri Wahida Binti Wahab dan Encik Mat Hafezza Bin Mat Lazim dari pihak Ar-Rahnu YAPEIM.
• Bas oleh pihak Ar-Rahnu YAPEIM turut disediakan bagi tujuan menjual dan memajak emas secara bergerak di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Kg Permatang Pauh,Pekan.
• Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya adalah kuiz dan cabutan bertuah
Tujuan :
• Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi dan bagi membantu usahawan dan penduduk setempat memajak dan membeli emas dengan menggunakan servis dan pelbagai produk yang terbaik dari pihak Ar-Rahnu YAPEIM.
Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Cuci dan uji emas secara percuma
• Jualan barang kemas “prelove” (tanpa upah)
• Pendaftaran tabung ibadah qurban
• Pembaharuan takaful kenderaan bermotor (ETIQA)
• Gadaian dan khidmat pembelian emas
Kelebihan Aktiviti :
• Mendapat tajaan keahlian AR Rahnu
• Mendapat pendedahan mengenai produk dan perkhidmatandi ar rahnu yapeim
• Mengetahui asas asas berkenaan emas iaitu cara pengujian emas, mutu emas dan emas palsu
• Hadiah cabutan bertuah yang menarik
Nama VIP :
• Puan Ser Wahida binti Wahab
• Encik Mat Hafezza Bin Mat Lazim
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :