MAHASISWA ANAK-ANAK PAHANG DAPAT BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Aktiviti terkini |19 November 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Kulliah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan

Ringkasan Aktiviti :
• Lebih 18,000 Mahasiswa Anak-Anak Pahang Dapat Bantuan Prihatin Pahang (Bpp/Siswa Siswi)
• Mewakili YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bagi Kluster Siswa dan Siswi untuk anak-anak Pahang DUN Bebar yang menuntut ilmu di Universiti Awam, Politeknik & Kolej Komuniti kepada 217 penerima yang layak di Dewan Kulliah Al-Lughah Waddin As Sultan Abu Bakar, Pekan.

Tujuan :
• Lebih 18,000 Mahasiswa anak-anak Pahang yang layak mendapat manfaat dari BPP Kluster Siswa/Siswi di seluruh negeri dimana mereka menerima sebanyak RM300 diberikan Kerajaan Negeri Pahang dengan perbelanjaan lebih RM8 juta yang dapat membantu Mahasiswa menampung serba sedikit perbelanjaan harian dan tambahan. Alhamdulillah.
• Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu dan sentiasa peka keperluan anak-anak Pahang sehabis baik kerana anak-anak inilah akan menjadi tunjang kejayaan negara dan negeri di masa akan datang. Anak-anak inilah akan menjaga agama, bangsa dan tanahair.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Ucapan pembukaan
• Majlis Perasmian Bantuan Prihatin Pahang
• Penyampaian bantuan kepada para pelajar


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu mahasiswa menapung serba sedikit perbelanjaan harian dan tambahan
• Membantu dan sentiasa peka dengan keperluan anak anak Pahang
• Anak anak Pahang menjadi tunjang kejayaan negara dan negeri pada masa akan datang.


Nama VIP :
• Dato Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :