PROGRAM MUALAF DIBANTU DAN DIRAIKAN MENJELANG AIDILFITRI
Aktiviti terkini |20 April 2023Tempat Aktiviti:
Dewan Agropolitan Runchang
Ringkasan Aktiviti :
• Menjelang Aidilfitri sekali lagi tahun ini, YB Fakhruddin Ariff dipermudahkan Allah SWT menyampaikan sumbangan kepada hampir 300 orang mualaf bagi Daerah Pekan di Dewan Agropolitan Runchang, hari ini.
• Ianya merupakan sumbangan dari Kerajaan Pahang yang turut melibatkan syarikat-syarikat swasta dan sumbangan peribadi dari beliau.
Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk diharapkan sumbangan ini serba sedikit membantu mereka terutama saudara baru kita untuk membuat persiapan, membeli pelbagai keperluan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
• Beliau berharap lebih banyak lagi syarikat swasta dapat bersama Kerajaan Pahang untuk membantu golongan yang memerlukan.
• InshaAllah, Kerajaan Pahang akan melakukan yang terbaik memastikan mualaf mendapat pembelaan dan kebajikan mereka akan terus diberi perhatian.
• Turut sama, Pengerusi WI Pekan, Datuk Melati Ali.
Buti-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Menyampaikan sumbangan kepada hampir 300 orang mualaf bagi Daerah Pekan di Dewan Agropolitan Runchang
Kelebihan Aktiviti :
• Perkongsian sumbangan untuk membantu saudara baru yang memerlukan
• Merapatkan silaturahim dengan saudara baru
Nama VIP :
• YB Dato Fakhruddin Ariff
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :